Tuesday, 14 June 2011

Sukan Momolositik(Melastik)



Pada zaman dahulu kala, momolositik ataupun melastik adalah satu aktiviti yang digunakan semasa memburu binatang sahaja. Oleh kerana dahulunya senapang  masih belum digunakan lagi, maka lositik digunakan sebagai satu senjata semasa berlakunya sebarang peperangan.


Momolositik secara meluas digunakan oleh suku kaum KadazanDusun.Lositik ini diperbuat daripada bahan bercabang(takang), getah digunakan sebagai bahan pengikat, minulang(tempat menyimpan peluru), dan juga batu sebagai peluru. Tanah liat juga digunakan sebagai peluru untuk mengenakan sasaran utama seperti binatang ataupun musuh. Tanah liat ini diambil di lereng-lereng bukit dan di dasar sungai. Ianya dibentuk menjadi ketulan batu dan dijemur sehingga keras.


Menurut sumber yang diperolehi, aktiviti momolositik ini ada keunikannya, di mana kulit kambing sering digunakan sebagai minulang iaitu tempat untuk menyimpan peluru(batu/tanah liat) semasa aktiviti lositik dijalankan. Kulit kambing ini diambil semasa upacara penyembelihan kambing dijalankan yang mana kulit tersebut akan dipisahkan daripada isinya. Selepas dibersihkan, kulit tersebut akan dijemur sehingga kering dan disimpan atau digunakan sebagai bahan-bahan lositik.

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sukan permainan yang menarik. Bagaimanakah orang zaman dahulu kala membuat lastik sekiranya getah tayar belum wujud pada masa itu?

    ReplyDelete
  3. Ya. Sukan ini memang menarik. Menurut sumber yang boleh dipercayai, tali lastik pada zaman dahulu kala adalah diperbuat daripada rotan atau akar yang elastik.

    ReplyDelete
  4. minulang boleh juga dari kulit kasut bah

    ReplyDelete
  5. ukamaaa...kami perempuan pun main lastik o...

    ReplyDelete
  6. memang best main lastik. sejarah kanak-kanak yang tidak mungkin dapat dilupakan. saya amat setuju diperkembangkan lagi artikel berkenaan permainan lastik ini. biar generasi muda masa kini tahu betapa pentingnya mengekalkan permainan budaya ini.

    ReplyDelete
  7. ini adalah tradisi orang2 dusun kah???

    ReplyDelete
  8. Ya RJ. Sukan ini adalah sebagai satu sukan tradisi.

    ReplyDelete
  9. puii.. gidi.. kita belesitik2 la..mcm??

    ReplyDelete
  10. Halo Adrian, boleh saya pm kamu ka? Untuk tujuan menjawab kajian saya.

    ReplyDelete